Sayur merupakan makanan kesihatan yang penuh khasiatnya, Sayur itu sendiri merupakan makanan kesihatan yang mempunyai khasiat yang mampu mengubati dan mencegah pelbagai penyakit.
Sudah lama kita ketahui bahawa sayur-sayuran ni banyak khasiatnya dari segi kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Menurut penyelidik sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat.
Contoh-contoh sayur-sayuran yang penuh khasiah itu ialah:-
TOMATO
Merupakan sayur yang mempunyai banyak kegunaannya. Kaya dengan vitamin D, mengandungi unsur-unsur kalsium, phosphorus, zat besi dan vitamin-vitamin.Ia baik untuk penyakit hati dan penyakit “colon” iaitu dibahagian bawah usus. Sebaiknya elakkan dari makan kulitnya kerana kulitnya menyusahkan penghadaman makanan di dalam perut. Manakala jus tomato pula membantu menghadamkan makananan dan daging.
Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.
LOBAK MERAH
Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.
KOBIS
Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus. Ia juga meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol. Selain itu, meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
PERIA
Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.
KACANG BUNCIS

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
UBI KENTANG
Ubi ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.
No comments:
Post a Comment